| Nama | : En Mohd Nasir Muhamad Hudri |
| Umur | : 37 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang :
° En Nasir merupakan komuniti yang berdekatan dengan Kampung Makmur Sungai Galah. Beliau menetap di Changkat Rambai Kampung Gajah. Menjadi ahli pusat internet pada tahun 2017. Merupakan usahawan di sekitar Kampung Makmur, Sungai Galah. Merupakan seorang ahli yang aktif menggunakan kemudahan perkhidmatan di pusat Internet.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :
° Sebelum adanya Pusat Internet, En Nasir, terpaksa menggunakan kemudahan seperti capaian internet, penggunaan perkhidmatan seperti fotostat, cetakan untuk kerja beliau di kedai cetakan yang sedikit jauh dari kediaman beliau. Beliau terpaksa mengambil masa untuk pergi ketempat berikut.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :
° Dengan adanya Pusat Internet, Encik Nasir dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan lebih mudah dan pantas. Beliau tidak perlu lain mengambil masa dan mengeluarkan kos untuk pergi menyiapkan kerja beliau. Beliau banyak menggunakan masa yang terluang ke Pusat internet untuk menyelesaikan kerja beliau, seperti, membuat kertas kerja, mendesign sijil untuk kelas- kelas masakan yang beliau jalankan. Beliau juga mula menyertai kelas asas komputer untuk mempelajari cara cara untuk memperomosikan produk beliau. Beliau juga turut meyertai pelbagai program yang diadakan di Pusat Internet .En Nasir juga turut mempromosikan produk beliau melalui aplikasi dashboard.