Program Klik Dengan Bijak
(Buli Siber, Pengantunan Dalam Talian & Ketagihan Internet)
SMK SULTAN MUHAMMAD SHAH
Pada 14 Februari 2023 bertempat di SMK SULTAN MUHAMMAD SHAH, PEDi Kluster Perak Tengah yang terdiri dari Pedi Sungai Galah, PEDi Parit, Perak dan Pedi Seri Iskandar telah menganjurkan Program Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk buli siber, pengantunan dalam talian dan Ketagihan internet. Program ini turut disertai oleh para pelajar dan guru dari SMK SULTAN MUHAMMAD SHAH.
Terdapat beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti sesi perkongsian, aktiviti soal jawab . Program ini telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai dunia teknologi ICT dan penggunaan internet dengan bijak dan berhemah.
Klik Dengan Bijak