mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan 1 : Quarter 1/2019

affan
Nama : Pn Nor Affan Afizah Bt. M.Shofian
Umur : 32 tahun
Laporan Klik Sini

 

Latar belakang :

° Puan Affan merupakan komuniti di Kampung Makmur, Sungai Galah. Beliau  menjalankan perniagaan makanan seperti karepek, dan pelbagai jenis biskut raya.beliau juga menjalankan perniagaan secara secara dropship, dari aplikasi Shope dan juga Lazada. Pada mulanya beliau berniaga secara kecil kecilan di kawasan kampung

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Sebelum adanya pusat internet ,beliau hanya menjalankan perniagaan melalui rakan-rakan disekitar rumah dan kawasan yang berhampiran dengan rumah beliau. Tiada promosi melalui online dijalankan. Tempahan hanya diambil disekitar kawasan kampung sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Dengan adanya Pusat Internet, ,Puan Affan mula menyertai pelbagai kelas asas komputer dan juga kelas latihan keusahawanan untuk mempelajari cara cara untuk memperomosikan produk beliau. Beliau juga turut meyertai pelbagai program yang diadakan di Pusat Internet . Selain itu Beliau juga belajar cara mencari pelanggan melalui aplikasi whatsapp.kerana beliau ingin mempromosikan perniagaan beliau luar dari kawasan kampung. Selain daripada itu, beliau juga mula memperomosikan perniagaan beliau secara atas talian.seperti di facebook. Pelanggan beiau terdiri daripada ahli pusat internet , komuniti kampong dan luar dari kawasan kampung. Beliau juga turut mempromosikan produk beliau melalui Aplikasi Dashboard.