Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 02/2016 pada 20 Januari 2016 telah melakukan Penstrukturan semula Unit-unit Latihan dan Penjenamaan semula kepada Institut Kepimpinan, Penilaian dan Pembangunan / Institute of Leadership, Assessment and Deveplopment (ILEAD) yang menggabungkan diantara ILQAM dengan Unit Latihan, JPbSM dan Institut Latihan Universiti Kg Gajah serta bersetuju meluluskan pindaan nama Institut Kepimpinan, Penilaian dan Pembangunan / Institute of Leadership, Assessment and Deveplopment (ILEAD) kepada Institut Kepimpinan dan Pembangunan / Institute of Leadership and Development (ILD) yang terbahagi kepada dua (2) iaitu:-
- Institut Kepimpinan dan Pembangunan / Institute of Leadership and Deveplopment (ILD) di Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
- Institut Kepimpinan dan Pembangunan / Institute of Leadership and Deveplopment (ILD) di Kg Gajah, Perak.
Sehubungan dengan itu Institut Latihan Universiti Kg Gajah telah diberi nama baru kepada Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Perak bermula pada Januari 2016 dan alamat laman Web ILD Perak juga telah ditukar kepada http://ildperak.uitm.edu.my
Latar Belakang
Dahulunya dipanggil Pusat Latihan UiTM mula beroperasi pada Disember 1996 di sebuah kawasan perlombongan peninggalan Malaysian Minning Corporation (MMC) di Kg. Sungai Galah, Perak. Kerajaan Negeri Perak telah menawarkan tanah seluas 500 ekar di Lot 4147,3342 dan Lot 2779 untuk dimajukan sebagai Pusat Latihan UiTM. Terdapat 26 buah banglo peninggalan syarikat MMC dan 9 buah daripadanya telah dibangunkan sebagai bangunan asrama,surau dan rumah tamu. Sementara beberapa bangunan lain telah dijadikan Pejabat Pentadbiran dan Dewan Makan. kini pembangunan di Pusat Latihan UiTM semakin pesat membangun di mana beberapa buah bangunan baru di dalam Projek RMK-9 yang menempatkan sebuah Bangunan Pentadbiran, Bangunan Kediaman empat tingkat dan Dewan Bankuet telah beroperasi pada Julai 2011
Pusat Latihan Universiti Teknologi Mara (PLUiTM) adalah sebuah organisasi di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM), Pejabat Pendaftar. Kedudukannya adalah di Daerah Perak Tengah, bersempadan diantara Pekan Kg. Gajah dan Pekan Tanjung Tualang, Perak. Pusat Latihan UiTM menyediakan tempat berkursus kepada kakitangan UiTM, ia juga terbuka kepada organisasi luar dengan menyediakan kelengkapan infrastruktur yang serba moden.
Persekitaran Pusat Latihan UiTM yang menghijau, dikelilingi dengan bekas-bekas lombong mempunyai keistimewaan tersendiri, amat sesuai dijadikan pilihan tempat berkursus bagi yang mementingkan ketenangan dan kedamaian serta dapat mengurangkan stress.
Kemudahan Yang Disediakan:-
1. Bilik Kediaman
2. Dewan Seminar & Bilik Tutorial
3. Dewan Bankuet
4. Makmal Komputer
5. Wifi
6. Bilik Mesyuarat
7. Surau
8. Gimnasium
9. Gelanggang Sukan (Badminton, Ping-pong, Tenis, Bola Tampar)