mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT : Quarter 1/2017

aidil
Nama : Muhammad Aidil Bin Zubir
Umur : 11 tahun
Ahli 2016

 

Latar belakang :

° Muhammad Aidil merupakan pelajar Sk. Sungai Galah yang mempunyai kekurangan kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran sebelum adanya pusat Internet . Perubahan era ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran Aidil. Aidil tidak dapat mengulang kaji pelajaran dengan selesa disebabkan oleh hanya mempunyai masa terhad untuk menggunakan komputer dan capaian internet di sekolah

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Aidil bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah.Pada masa lapang Aidil menghabiskan masa untuk bermain bersama rakan – rakanya. Sebelum ini kemahiran komputer Aidil juga terhad.Aidil tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer sebaiknya kerana sebelum ini aidil tidak pernah belajar dimana – mana pusat komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Melalui kelas-kelas dan aktiviti di Pi , Aidil dapat menimba ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat. Aidil menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di Pi sebagai  satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat.