mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT : Quarter 2/2017

irsalina
Nama : Nurain Irsalina Bt Isharomanizam
Umur : 9 tahun
Ahli 2016

 

Latar belakang :

° Nurain Irsalina merupakan pelajar Sk. Sungai Galah yang mempunyai kekurangan kemahiran mengenai ict disebabkan oleh tiada prasarana seperti pusat komputer di kawasan tempat tinggal berhampiran sebelum adanya pusat Internet. Perubahan era Ict memberi impak yang besar terhadap pembelajaran IrsalinaIrsalina tidak dapat mengulang kaji pelajaran dengan selesa disebabkan oleh hanya mempunyai masa terhad untuk menggunakan komputer dan capaian internet di sekolah

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Irsalina bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah dan juga bahan bacaan di pusat sumber sekolah.Pada masa lapang Irsalina menghabiskan masa untuk bermain bersama rakan – rakanya. Sebelum ini kemahiran komputer Irsalina juga terhad. Irsalina tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer sebaiknya kerana sebelum ini Irsalina tidak pernah belajar dimana – mana pusat komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Melalui kelas-kelas dan aktiviti di Pi, Irsalinal dapat menimba ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat. Irsalina menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di Pi sebagai  satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat.