mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT : Quarter 3/2019

anisya
Nama : Anisya Syafea Bt Kamaruddin
Umur : 9 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang :

° Adik Syafea merupakan komuniti berdekatan dengan Kampung makmur, sungai galah. Beliau merupakan Pelajar sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Galah yang menetap berdekatan dengan kawasan Pusat Internet kampung makmur sungai galah. Adik Syafea merupakan pelajar tahun 3 di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Galah dan juga Pelajar Sekolah Agama Rakyat Sar’ Saadiah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Sebelum adanya pusat internet dikawasan kampung ini, adik Syafea kurang mahir  menggunakan komputer. Adik Syafea juga tidak menyertai apa-apa kelas ICt.Ini menyebabkan Adik Syafea kurang pengetahuan tentang ICT. Dan ini menyukarkan adik Syafea untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru sekolah. Adik Syafea juga sukar untuk mencari maklumat untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru-guru sekolah. 

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Dengan adanya Pusat Internet, Adik Syafes selalu datang ke pusat internet bersama rakan-rakan untuk menyertai kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet. Melalui kelas-kelas dan aktiviti di PIM, adik Syafea dapat menimba ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat. Adik Syafea menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di PIM sebagai  satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat. Selain itu Adik Syafea juga turut menyertai kelas Bimbingan bersama pelajar lain di Pusat Internet.