mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT : Quarter 4/2018

shora
Nama : Alang Shorarinda A/P Mansor
Umur : 12 tahun
Ahli 2017

 

Latar belakang :

° Adik shora merupakan komuniti berdekatan dengan Kampung makmur, sungai galah. Beliau merupakan penduduk orang asli yang menetap berdekatan dengan kawasan kampung makmur sungai galah. Dikawasan tempat tinggal adik shora tidak mempunyai kemudahan teknologi, seperti capaian internet. Adik Shora merupakan pelajar tahun 6 disekolah kebangsaan sungai galah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Sebelum adanya pusat internet dikawasan kampung ini, adik Shora tidak tahu langsung menggunakan komputer. Ini menyukarkan adik Shora untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru sekolah. Adik Shorajuga sukar untuk mencari maklumat untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru-guru sekolah. Adik Shorajuga tidak mahir menngunakan komputer kerana tiada kemudahan kelas komputer di kawasan ini

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Melalui kelas-kelas dan aktiviti di PI1M, adik Shora dapat menimba ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat. Adik Shora menjadikan komputer sebagai alat teknologi pembelajaran dan menggunakan capaian internet di PIM sebagai  satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat, Beliau juga rajin bertanya kepada petugas tentang perkara yang beliau tidak mahir.Shora Juga Rajin mengikuti pelbagai kelas computer yang dijalankan di Pusat Internet pada setiap bulan