| Nama | : En Abd Halim Hadi B. Mohd Tajeri |
| Umur | : 34 tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang :
° Encik Abd Halim merupakan komuniti di Kampung Makmur, Sungai Galah. Beliau menjalankan perniagaan makanan seperti pelbagai jenis kek dan donut. Beliau juga menjual pelbagai jenis minuman seperti Teh Ais Pyorr, Honeydew pyorr, green tea pyorr. Pada mulanya beliau berniaga secara kecil kecilan di kawasan kampung. Dan kini perniagaan beliau sudah meluas kebeberapa tempat.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :
° Sebelum adanya pusat internet ,beliau menjalankan perniagaan disekitar kawasan yang berhampiran dengan rumah beliau. Tiada promosi melalui online dijalankan. Tempahan hanya diambil disekitar kawasan kampung sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :
° Dengan adanya Pusat Internet, Encik Abd Halim mula menyertai pelbagai kelas asas komputer dan juga kelas latihan keusahawanan. Beliau turut menggunakan kemudahan yang ada di pusat internet untuk tujuan mempromosikan produk beliau.. Selain itu Beliau juga mencari pelanggan melalui aplikasi whatsapp dan facebook .kerana beliau ingin mempromosikan perniagaan beliau luar dari kawasan kampung. Sekarang pelanggan beliau bukan sahaj terdiri dari komuniti kampung, malah diluar kawasan kampung. Beliau juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis, seperti Kenduri Kahwin dan Jamuan. En Abdul halim juga turut mempromosikan produk beliau melalui aplikasi dashboard