mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan 2 : Quarter 3/2019

hazira
Nama : Hazira Binti Arshad
Umur : 25 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang :

° Cik Hazira merupakan komuniti Kampung Makmur Sungai Galah.. Menjadi ahli pusat internet pada tahun 2018. Merupakan usahawan online ikan Laga ( BETTA FISH ). Merupakan seorang ahli yang aktif menggunakan kemudahan perkhidmatan di pusat Internet

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Sebelum adanya Pusat Internet, Cik Hazira, menggunakan kemudahan seperti capaian internet, penggunaan perkhidmatan seperti fotostat, cetakan untuk kerja beliau di cyber café yang sedikit jauh dari kediaman beliau. Beliau terpaksa mengambil masa untuk pergi ketempat berikut.Selain itu beliau terpaksa melanggan internet dengan menggunakan handphone untuk mempromosikan perniagaan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :

° Dengan adanya Pusat Internet, Cik Hazira dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan lebih mudah dan pantas. Beliau tidak perlu lagi mengambil masa dan mengeluarkan kos untuk mempromosikan perniagaan beliau. Beliau banyak menggunakan masa yang terluang ke Pusat internet untuk menyelesaikan kerja beliau, seperti, membuat poster,flayers,menerima tempahan daripada pelanggan melalui online dan menyemak tempahan yang diterima daripada pelanggan melalui online. Beliau juga mula menyertai  kelas asas komputer untuk mempelajari cara cara untuk memperomosikan produk beliau. Beliau juga turut meyertai pelbagai program yang diadakan di Pusat Internet .Cik Hazira juga tidak melepaskan peluang beliau untuk mempromosikan produk beliau melalui aplikasi dashboard.