| Nama | : Aisyah Solehah Bt Ahmad Nasrun |
| Umur | : 11 tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang :
° Adik Aisyah merupakan komuniti Kampung makmur, sungai galah Adik Aisyah merupakan Pelajar sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Galah yang menetap berdekatan dengan kawasan Pusat Internet kampung makmur sungai galah. Adik Aisyah merupakan pelajar tahun 5 di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Galah dan juga Pelajar Sekolah Agama Rakyat Sar’ Saadiah.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :
° Adik Aisyah kurang mahir menggunakan komputer. Adik Aisyah juga tidak pernah mengikuti mana-mana kelas ICt, kecuali di sekolah sahaja. Selain itu, Adik Aisyah juga kurang pengetahuan tentang ICT. Dan ini menyukarkan adik Aisyah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru sekolah. Adik Aisyah juga sukar untuk mencari maklumat untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru-guru sekolah. Hal ini kerana adik Aisyah tidak mempunyai peralatan komputer untuk menyiapkan tugasan sekolah
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pi :
° Dengan adanya Pusat Internet, Adik Aisyah kerap datang ke pusat internet bersama abang dan rakan-rakannya untuk menyertai kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet. Melalui kelas-kelas dan aktiviti di PIM, adik Aisyah dapat menimba ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat. Adik Aisyah menjadikan komputer sebagai alat pembelajaran dan menggunakan capaian internet di PI sebagai satu alternatif untuk mengakses pelbagai maklumat.