Kepada anda pengguna telefon mudah alih (Handphone) tegar, ya ANDA! Sekiranya handphone anda rosak dan anda tidak mahu membaikinya semula, JANGAN BUANG! Anda boleh kitar semula handphone anda ke Pi1M Kg Makmur Sg Galah atau mana-mana PI1M yang berdekatan dengan anda!
[ Program E-Waste ]
*Pelupusan Barangan Elektronik
Pihak MCMC dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan satu program kesedaran pembuangan sisa elektronik.
Sesiapa yang mempunyai barangan elektronik yang tidak digunakan lagi, Pi1M Kg Apin-Apin ada menyediakan KOTAK E-Waste dan orang ramai digalakkan untuk meletakkan barangan elektronik ke dalam kotak tersebut.
Antara contoh Barangan yang boleh diletakkan adalah:
1) Telefon bimbit
2)Bateri Telefon Bimbit
3)Charger Telefon Bimbit
4)Tab
5)Keyboard
6)Antena TV/Radio
7)Wayar/Kabel
8)Lain-Lain
** Untuk maklumat lanjut sila klik link di bawah
http://mobileewaste.mcmc.gov.my
atau boleh terus datang Pi1M Kg Makmur Sg Galah..
“SELAMATKAN BUMI, KITAR SEMULA TELEFON ANDA!”