Program Tadarus Al-Quran Sempena Cuti Sekolah merupakan salah satu usahasama antara Pusat Internet 1Malaysia Kg Makmur Sg Galah dengan Sekolah Agama Rakyat As Saadiah untuk mengisi bulan Ramadhan yang barokah ini dengan beberapa aktiviti yang berfaedah kepada murid – murid sekolah dimana melatih diri untuk menggandakan ibadah kepada Allah ..
Peserta yang terlibat terdiri daripada murid-murid Sekolah Agama Rakyat As Saadiah yang terpilih serta alumni2 sekolah tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah..
InsyaAllah, setelah membuat perbincangan bersama guru-guru sekolah Majlis Penutup Program Tadarus ini akan diadakan pada hujung bulan Ramadhan..