Sekolah Rendah Agama Rakyat Saa’diah ( SRARS ) ditubuhkan secara rasminya pada 4 Januari 1994 dan beroperasi sebaik sahaja diluluskan pendafatarannya.
Sekolah Agama Rakyat As Saa’diah telah ditubuhkan dengan tujuan untuk membentuk anak didik dengan akhlak mulia serta berpendidikan Islam yang mantap. Maka akan lahirlah generasi celik Islam, beriman, berilmu, dan bertaqwa serta tabah mengharungi cabaran kehidupan.
MOTTO SEKOLAH : “BERUSAHA, BERTAWAKKAL, BERJAYA”
VISI : Ke arah melahirkan insan kamil menjelang 2020
MISI : Meningkatkan prestasi kurikulum dan pencapaian dalam bidang akademik
: Melahirkan pelajara yang berdisiplin dan berakhlak mulia
: Memastikan prestasi kokurikulum yang mantap dan cemerlang
: Meningkatkan kecekapan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran pejabat
: Pengurusan kewangan yang terancang, teratur dan saksama
: Menjalin hubungan yang mesra dalam kalangan warga sekolah
OBJEKTIF : Berusaha untuk memastikan setiap murid menerima pendidikan yang adil
di sekolah
: Berusaha untuk memastikan murid diberikan kemudahan pendidikan yang
sewajarnya
: Berusaha untuk menggembling tenaga di semua peringkat masyarakat sekitar
supaya menyayangi sekolah sekali gus menyemai sikap pembudayaan ilmu
sebagai suatu cara hidup berkualiti