mcmc
Pendidikan

Tadika Kemas Kg Makmur Sg Galah

ajk kemas

LATAR BELAKANG TABIKA KEMAS KG.MAKMUR SG.GALAH

Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Kampung Makmur Sungai Galah telah ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat dengan menumpang disebuah surau Perumahan Awam Kg.Makmur. Tujuan asal kelas TABIKA ini dibuka adalah untuk memberikan kemudahan kepada ibubapa sekitar taman-taman yang terdekat.

TABIKA ini adalah lambang kedewasaan di dalam menempuh semangat perpaduan, kekeluargaan dan keharmonian di kalangan penghuni kampung dan taman yang terdekat. Semangat yang telah ditunjukkan serta sokongan yang telah diterima daripada ibu bapa amat menggalakan serta membanggakan. Ahli JawatanKuasa TABIKA ini juga telah memberikan kerjasama yang baik.

Puan Maimon Bt Noon ialah guru yang pertama mula berkhidmat di Tabika KEMAS Kampung Makmur, Sungai Galah ini. Bangunan baru TABIKA ini mula di buka pada 7 Julai 2003. Pada masa itu bilangan murid seramai 35 orang murid. Beliau merupakan seorang guru yang mempunyai pengalaman yang luas dan ramai anak didik beliau yang telah berjaya dan lebih membanggakan ada anak murid yang berjawatan professional seperti Doktor dan Guru.

Pada tahun 2008 sehingga 2010, Guru Tabika KEMAS Kampung Makmur telah di ganti oleh Puan Firdaus Bt Zanuddin. Pada ketika itu murid-murid yang berada di tabika ini adalah seramai 27 orang dan di bantu oleh seorang Pembantu Sukarela yang di bayar oleh wang tabung tabika.

Puan Firdaus Bt Zanuddin telah di ganti oleh Puan Robiah Bt Ibrahim pada tahun 2011 sehingga 2012 sebelum di ambil alih oleh Cik Norellyana Bt Mohd Rashid dengan di bantu oleh Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) Puan Rohana Binti Abdul Wahab sehingga sekarang dengan bilangan murid seramai 17 orang.

bangunan tadika